Reichskommissariat Ukraine
Reichskommissariat Ukraine

Reichskommissariat Ukraine

Semasa Perang Dunia II, Reichskommissariat Ukraine (singkatan RKU) adalah rejim pendudukan awam (Reichskommissariat) bagi Ukraine taklukan Jerman Nazi (yang merangkumi kawasan bersebelahan dengan zaman moden Belarus dan Republik Poland Kedua). Ia telah ditadbir oleh Kementerian Reich bagi Wilayah Taklukan Timur yang diketuai oleh Alfred Rosenberg. Antara September 1941 dan Ogos 1944, Reichskommissariat ini ditadbir oleh Erich Koch selaku Reichskommissar. Tugas-tugas pentadbiran termasuklah pengamanan dan pemajuan rantau itu, untuk kepentingan Jerman, melalui sumber-sumber dan rakyatnya. Adolf Hitler mengeluarkan perintah Führer yang mewujudkan pentadbiran wilayah taklukan Timur yang baru pada 17 Julai 1941.[2]Sebelum pencerobohan Jerman, Ukraine merupakan anggota republik Kesatuan Soviet, di huni oleh orang Ukraine berserta minoriti Rusia, Poland, Yahudi, Belarusia, Jerman, Romani dan Tatar Krimea. Ia adalah subjek utama rancangan Nazi untuk pembesaran pasca perang negara Jerman. Pendudukan Nazi di Ukraine mengakhiri nyawa berjuta-juta orang awam dalam Holokus dan pembunuhan besar-besaran Nazi yang lain: dianggarkan 900,000 hingga 1.6 juta orang Yahudi dan 3[3] hingga 4[4] juta rakyat Ukraine bukan Yahudi dibunuh semasa pendudukan; sumber lain menganggarkan 5.2 juta orang awam Ukraine (dari semua kumpulan etnik) mati akibat jenayah terhadap kemanusiaan, penyakit berkaitan perang, dan kebuluran yang berjumlah lebih 12% dari penduduk Ukraine pada masa itu.[5]

Reichskommissariat Ukraine

Status Reichskommissariat Jerman
• Penubuhan 1 September 1941
Bahasa lazim Jerman (official)
Ukraine · Poland · Tatar Krimea
Ibu negara Rivne
• Bahagian saki-baki Generalbezirk Weißruthenien 25 Februari 1944
• Pembubaran formal 10 November 1944
Era sejarah Perang Dunia II
Hari ini sebahagian daripada Ukraine
Poland
Belarus
Kerajaan Koloni Jerman Nazi[1]
• 1941–1944 Erich Koch
Mata wang Karbovanets
• Operasi Barbarossa 22 Jun 1941
• Pembebasan Soviet Sep. 1943–Mac. 1944
• 1941 37,000,000
Reichskommissar  

Rujukan

WikiPedia: Reichskommissariat Ukraine http://www.encyclopediaofukraine.com/display.asp?l... http://avalon.law.yale.edu/imt/1997-ps.asp http://www.terra.es/personal7/jqvaraderey/194145fc... https://books.google.com/books?id=t124cP06gg0C&q=A... https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh85139366 https://archive.org/details/harvestofdespair0000be... https://web.archive.org/web/20091029030611/http://... https://viaf.org/viaf/238162630 https://www.wikidata.org/wiki/Q46315# https://www.worldcat.org/identities/viaf-238162630